Menu
Gusi Penyakit gusiGigi dan gusi adalah seperti isi dan kuku di mana kedua-duanya berkait rapat dan tahap kesihatan gusi pasti memberi kesan kepada gigi. Penyakit gusi disebabkan kuman plak pada gigi berdekatan dengan gusi, yang tidak dibersihkan dengan betul. Kuman ini menyebabkan gusi menjadi radang atau bengkak. Jika penyakit gusi tidak dikawal dengan baik, ia akan memburuk sehingga boleh menyebabkan gigi menjadi longgar dan tertanggal.
Seperti gigi, gusi juga terdedah kepada ancaman daripada pembentukan plak. Sekiranya plak tidak ditanggalkan secara kerap, termasuk di kawasan di bawah garisan gusi, ia akan merengsakan gusi seterusnya mengakibatkan penyakit gusi. Penyakit gusi bukan sahaja menyebabkan kesakitan dan pendarahan gusi tetapi juga akan melemahkan sokongan terhadap gigi.
Menu
Gusi Penyakit gusiBerkaitan
Gusi Gurita Guiyang Guilin Guinea Gustave Eiffel Guinea Khatulistiwa Gurindam Dua Belas Gustaf Skarsgård Gus Van SantRujukan
WikiPedia: Gusi